Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014
Bekas Ejen CIA Di Buru Samseng Kerana Bocorkan Rahsia Pengintipan AS
Seorang bekas petugas Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja sebagai kontraktor di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mendedahkan dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin bahawa dia yang membocorkan rahsia satu program pemantauan sulit AS ekoran timbul kesedaran untuk melindungi kebebasan asas penduduk di seluruh dunia.

Berlindung di sebuah bilik hotel di Hong Kong, kontraktor tersebut, Edward Snowden memberitahu, dia berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendedahkan program sulit NSA tersebut yang diberi nama PRISM.
Namun, lelaki berusia 29 tahun itu berkata, dia terpaksa belot terhadap majikannya kerana berasa Amerika Syarikat (AS) telah membina program mesin pengintip yang boleh mengintip maklumat setiap warga AS.
“Saya tidak mahu tinggal dalam masyarakat yang melakukan perkara keji ini, saya tidak mahu tinggal dalam dunia yang mana perbuatan dan percakapan saya dirakamkan. Saya tidak boleh menyokong program seperti ini,” katanya dalam wawancara bersama akhbar Guardian.
Temu bual itu diisiarkan di laman web akhbar berkenaan.
“NSA membina infrastruktur yang membolehkannya memintas hampir apa sahaja,” jelas Snowden.
“Keupayaan itu membolehkan NSA mengintip apa sahaja komunikasi manusia. Jika saya mahu melihat kandungan e-mel anda atau mendengar panggilan telefon isteri anda, saya hanya perlu memintasnya dengan PRISM. Saya boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit anda,” tambahnya.
Dalam temu bual tersebut, Snowden memberitahu, dia berpindah ke Hong Kong tiga minggu lalu sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya.
“Saya rela berkorban semuanya kerana saya tidak boleh hidup tanpa rasa bersalah apabila mengetahui saya membenarkan kerajaan AS memusnahkan privasi, kebebasan internet dan kebebasan asas penduduk di seluruh dunia,” kata Snowden.
Lelaki tersebut terlibat dalam kes pelanggaran keselamatan negara yang antara terbesar dalam sejarah AS. Dia setara dengan pembocor maklumat Pentagon, Daniel Ellsberg dan Bradley Manning yang mendedahkan kabel diplomatik AS kepada laman web WikiLeaks.
“Saya tidak berniat untuk bersembunyi kerana saya tahu saya tidak membuat salah,” katanya.
“Saya juga tidak takut kerana ini merupakan pilihan saya sendiri,” tambah Snowden.
Setakat ini, pihak berkuasa AS mengklasifikasikan pembocoran maklumat itu sebagai kes jenayah.
“Saya kini berada di jalan buntu,” jelas bekas ejen CIA itu.
Menurutnya, dia mungkin akan diekstradisi ke AS atau disoal siasat pihak berkuasa China ataupun berdepan tindakan balas CIA.
“Ya, CIA mungkin menghantar ejen-ejennya untuk memburu saya. Mereka juga boleh menghantar anggota perisikan pihak ketiga. CIA bekerjasama rapat dengan sejumlah negara. Agensi itu juga boleh mengupah kongsi gelap bagi tujuan tersebut,” ujarnya.
Hong Kong yang mempunyai kuasa pentadbiran sendiri menandatangani perjanjian ekstradisi dengan AS.
Snowden membesar di Bandar Elizabeth, Carolina Utara sebelum berpindah ke Maryland dekat ibu pejabat NSA di Fort Meade.
Dia belajar komputer di kolej komuniti Maryland tetapi gagal menamatkan pengajian untuk mendapatkan diploma.
Snowden mula menyertai NSA sebagai pengawal keselamatan di sebuah fasiliti rahsia di Universiti Maryland.
–Reuters
ReadMore..

Sabtu, 08 Februari 2014
Tinggalkan suami kerana tikus
myMetro

ReadMore..
London: Seorang wanita berkata, dia lebih cintakan tikus daripada manusia, termasuk suaminya.
Chantal Banks, yang akan muncul dalam episod TLC, My Crazy Obsession berkata, dia memiliki 19 ‘sahabat ekor panjang’ yang dianggapnya sebagai anak di kediaman dua biliknya.
Dia membiarkan tikus itu menjilat bibirnya, memakan makanan daripada mulutnya dan berkeliaran ketika dia tidur.
Ketaksuban Chantal terhadap tikus bermula sejak dia berusia 16 tahun.
“Anda akan sedar matlamat hidup anda sebaik anda menemuinya. Itu yang berlaku pada saya apabila saya melihat tikus pertama saya,” katanya dalam rancangan itu.
Sejak itu tikusnya semakin bertambah dan dia tidak akan membiarkan dirinya bersendirian tanpa mereka.
Dia bernasib baik kerana suaminya, Chester, dapat menerima minatnya terhadap tikus.
Anak mereka, Kevin berkata: “Saya membesar dengan tikus”.
Bagaimanapun, ketaksuban Chantal terhadap tikus sudah tidak terkawal dan perkahwinannya berdepan dengan masalah hingga memaksanya berpindah ke rumah lain.
“Suami saya tidak sanggup lagi tinggal dengan tikus. Sukar bagi kami untuk meneruskan rumah tangga yang kami bina 11 tahun lalu. Dia tidak memahami hati saya. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya lebih cintakan tikus daripada dia,” katanya.
Wanita itu yang kini hidup bersendirian di apartmennya menghabiskan sebahagian besar masa dengan tikusnya.
Setiap tikus itu diberi nama manusia, seperti Lily dan Janice. Ia menggambarkan personaliti mereka.
“Burka gemar makan tetapi malas bersenam. Janice suka mencium. Lily pula gemar melompat,” kata Chantal.
Menurut wanita itu, dia gemar memakan bersama mereka.
Apabila tidak bersama tikusnya untuk seketika, Chantal berkata, dia mengalami masalah GGMR yang bermakna ‘I Gotta More Rats” (Saya perlukan lebih banyak tikus).
Merumuskan ketaksubannya dia berkata: “Saya cintakan tikus lebih daripada manusia. Saya tidak boleh hidup tanpa mereka. Tikus saya cintakan saya. Apabila saya menangis, mereka menjilat air mata saya.” - Daily Mail
Minggu, 29 Desember 2013
Sanggup Rompak 1 Dolar Kerana Nak Nasuk Penjara
Sanggup Rompak $1 Dolar Kerana Nak Nasuk Penjara - Pennsylvania : Hanya kerana ingin masuk penjara, seorang lelaki sanggup berbuat apa sahaja termasuk merompak $1 dolar daripada sebuah bank, AmerServ Financial.
Jeffrey McMullen, 50, yang ingin masuk penjara persekutuan di situ, telah menyerahkan nota kepada dua kerani bank, menuntut wang berkenaan.
Pada mulanya, kerani di bank itu mendapati ia hanya satu gurauan.
Namun selepas dia bersungguh-sungguh dan memaklumkan itu adalah satu rompakan, barulah mereka percaya.
Menurut polis, McMullen ingin didakwa supaya dia boleh dipenjarakan di penjara yang terletak di tengah Pennsylvania.
Punca utama dia ingin masuk penjara, tidak dapat dikenalpasti.
Bagaimanapun, McMullen yang kini menunggu kesnya dibicarakan, telah dirujuk untuk penilaian mental.
Dia juga dikenakan ikat jamin sebanyak $50,000. – MyNewsHub
Langganan:
Postingan (Atom)