Tampilkan postingan dengan label 1. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 1. Tampilkan semua postingan
Minggu, 23 Februari 2014
Penduduk Islam 1 57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan.
Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.
Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.
Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.
"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.
Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.
Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.
Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.
Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.
Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.
Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.
Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.
Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP
Minggu, 29 Desember 2013
Sanggup Rompak 1 Dolar Kerana Nak Nasuk Penjara
Sanggup Rompak $1 Dolar Kerana Nak Nasuk Penjara - Pennsylvania : Hanya kerana ingin masuk penjara, seorang lelaki sanggup berbuat apa sahaja termasuk merompak $1 dolar daripada sebuah bank, AmerServ Financial.
Jeffrey McMullen, 50, yang ingin masuk penjara persekutuan di situ, telah menyerahkan nota kepada dua kerani bank, menuntut wang berkenaan.
Pada mulanya, kerani di bank itu mendapati ia hanya satu gurauan.
Namun selepas dia bersungguh-sungguh dan memaklumkan itu adalah satu rompakan, barulah mereka percaya.
Menurut polis, McMullen ingin didakwa supaya dia boleh dipenjarakan di penjara yang terletak di tengah Pennsylvania.
Punca utama dia ingin masuk penjara, tidak dapat dikenalpasti.
Bagaimanapun, McMullen yang kini menunggu kesnya dibicarakan, telah dirujuk untuk penilaian mental.
Dia juga dikenakan ikat jamin sebanyak $50,000. – MyNewsHub
Langganan:
Postingan (Atom)