Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

Manusia jadi kanvas lukisan

tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type
WASHINGTON - Kita selalu melihat artis menunjukkan bakat mereka di atas kanvas.
Tetapi, seorang artis, Alexa Meade, 24, menggunakan teknik agak berbeza kerana menjadikan manusia sebagai kanvas lukisan dalam bentuk tiga dimensi (3D).
Pengalaman kerja Meade sebelum ini yang banyak terlibat sebagai pelatih galeri dan dikelilingi ahli politik semasa kempen politik berlangsung mencetuskan idea baru untuknya mengtinjauankan tinjauan seni menggunakan manusia yang tampak lebih unik.
“Kerja melukis pada tubuh dan wajah manusia ini memerlukan kesabaran amat tinggi kerana model tidak boleh bergerak sepanjang masa,” menurutnya.
Hasil kerja Meade didakwa menyamai lukisan Boo Ritson yang pernah terlibat membuat kulit muka album kedua kumpulan rock Britain, :The Maccabees:.

sumber

ReadMore..

Jumat, 27 Desember 2013

Zizan Ganti Apek Jadi Cicak Man

zizan

PELAWAK dan pelakon terkenal, Zizan Razak akan menggantikan Saiful Apek menerusi siri filem francais terbitan KRU Studios yang bakal memulakan penggambarannya bermula 15 Ogos depan.
Selain Zizan, barisan pelakon lain yang terlibat dalam pembaharuan filem Cicak Man 3 itu ialah Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Yus Jambu.
Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Ekskutifnya, Norman Abdul Halim berkata kepada Berita Harian, “memang ada beberapa elemen pembaharuan dalam judul ketiga ini, tetapi kita masih lagi mengekalkan kesinambungan cerita di antara filem yang pertama hingga ketiga.
Logo Cicak Man juga masih kita kekalkan, cuma mungkin ada pembaharuan dari segi kostum”.
Sebelum ini, watak Cicak Man digalas oleh Saiful Apek menerusi menerusi filem Cicak Man dan Cicak Man 2 – Planet Hitam dan turut dibintangi oleh artis popular seperti Fasha Sandha, Yusry, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk Ac Mizal.
Oleh:  AUDREY LEE
ReadMore..